Sunday, 30 September 2012

PETUA : KITAR SEMULA KATRIJ PRINTER JENIS INK JET


PETUA : KITAR SEMULA KATRIJ PRINTER JENIS INK JET

Harga printer adalah murah. Kini ada dijual katrij second hand untuk printer. Ia dikitar semula kerana katrij sekarang .. sudah ada chip untuk mengelak dari tiruan. Sebenarnya ... katrij second hand itu adalah menggunakan teknik refill atau topup. Jadi.. sebenarnya... anda juga boleh refill sendiri ink printer... sekiranya sudah habis. Kalau nak tahu caranya.. kenalah beli satu set untuk refill dikedai komputer. Disitu ada diajar caranya. Tetapi... ada masalah sedikit iaitu tangan anda akan comot sedikit kerana akan terkena ink itu.

Monday, 24 September 2012

PETUA MEMBELI LAPTOP

PETUA MEMBELI LAPTOP BAGI STUDENT....


1. Pastikan Apa kegunaan utama laptop itu? Jika sekadar nak guna untuk internet dan menulis word atau presentation... maka .. adalah memadai membeli NetBook iaitu Laptop yang lebih kecil. Iaitu berukuran 10 inci sahaja. Ini kerana ia mudah dibawa kesana sini, kerana kecil dan lebih ringan.

2. Sebaiknya ada windows starter atau windows original... Jika tidak.. anda akan menghadapi masalah ...Blank screen iaitu screen akan jadi tiada gambar... Ataupun.. besar kemungkinan... LCD laptop anda akan cepat rosak.

3. Elakkan dari membeli processor dari jenis AMD Duron....Ini kerana ... laptop cepat panas... Tetapi... kesan ini agak berkurangan dari AMD Turon.

4. Laburkan sedikit duit untuk membeli perisian antivirus. Ini kerana.. terlalu banyak virus di internet dan yang bersarang di pendrive. Jadi... melaburlah untuk kesihatan laptop ...  sebab..... kita tidak boleh berjimat pada perkara yang sangat penting...

5. Saya mendapati kelajuan netbook dengan prosessor intel atom adalah memadai berbanding laptop dengan prosessor i3. Namun jika ada duit lebih.. sudah cukup menggunakan prosessor i5 dan ia sudah cukup laju. ... dan tak perlu lagi prosessor i7.

Wallahua'lam...

Wednesday, 5 September 2012

PETUA MEMBUKA PINTU BILIK SETELAH KUNCI HILANG

PETUA : Anda kehilangan kunci bilik atau rumah anda. Dan tidak boleh masuk kedalam rumah. Jika kuncinya adalah jenis tombol bulat iaitu kunci bilik. Jangan risau. Saya dah jumpa satu teknik yang best untuk menyelesaikan. Tetapi, janganlah ilmu ini digunakan sekiranya ingin memecah rumah atau mencuri. Tak baik tau. Nanti Allah balas dengan azab siksa yang sangat pedih. Caranya ialah dengan... jeng jeng jeng... menggunakan kad kredit atau kad plastik. Caranya ialah dengan menjolok kad itu kebahagian gigi kunci. InsyaAllah....