Blog ini adalah untuk mengumpulkan idea dan ilmu untuk kebaikan semua kerana Allah. Banyak kandungannya diambil dari group Petua, Motivasi dan Consultant di facebook.
Wednesday, 31 October 2012
MASALAH BATERI HANDPHONE CEPAT HABIS
PETUA : Adakah handphone anda ada masalah cepat kehilangan kuasa bateri iaitu bateri cepat habis. Jika anda menggunakan handphone galaxy Samsung. Maka ada satu penyelesaian yang boleh dibuat. Iaitu dengan menutup running programme. Macam running man jer ... He he. Jika sebelum ini, ramai orang sudah tahu iaitu kena tutup active programme. Namun ianya tidak memadai. Anda boleh jumpanya di Setting....Application... kemudian klik running programme...dan anda stop kan beberapa aplikasi yang tidak penting. Tetapi...awas...jangan tutup program keypad samsung pulak... sebab ia adalah diperlukan. Selamat mencuba...
Sunday, 30 September 2012
PETUA : KITAR SEMULA KATRIJ PRINTER JENIS INK JET
PETUA : KITAR SEMULA KATRIJ PRINTER JENIS INK JET
Harga printer adalah murah. Kini ada dijual katrij second hand untuk printer. Ia dikitar semula kerana katrij sekarang .. sudah ada chip untuk mengelak dari tiruan. Sebenarnya ... katrij second hand itu adalah menggunakan teknik refill atau topup. Jadi.. sebenarnya... anda juga boleh refill sendiri ink printer... sekiranya sudah habis. Kalau nak tahu caranya.. kenalah beli satu set untuk refill dikedai komputer. Disitu ada diajar caranya. Tetapi... ada masalah sedikit iaitu tangan anda akan comot sedikit kerana akan terkena ink itu.
Monday, 24 September 2012
PETUA MEMBELI LAPTOP
PETUA MEMBELI LAPTOP BAGI STUDENT....
1. Pastikan Apa kegunaan utama laptop itu? Jika sekadar nak guna untuk internet dan menulis word atau presentation... maka .. adalah memadai membeli NetBook iaitu Laptop yang lebih kecil. Iaitu berukuran 10 inci sahaja. Ini kerana ia mudah dibawa kesana sini, kerana kecil dan lebih ringan.
2. Sebaiknya ada windows starter atau windows original... Jika tidak.. anda akan menghadapi masalah ...Blank screen iaitu screen akan jadi tiada gambar... Ataupun.. besar kemungkinan... LCD laptop anda akan cepat rosak.
3. Elakkan dari membeli processor dari jenis AMD Duron....Ini kerana ... laptop cepat panas... Tetapi... kesan ini agak berkurangan dari AMD Turon.
4. Laburkan sedikit duit untuk membeli perisian antivirus. Ini kerana.. terlalu banyak virus di internet dan yang bersarang di pendrive. Jadi... melaburlah untuk kesihatan laptop ... sebab..... kita tidak boleh berjimat pada perkara yang sangat penting...
5. Saya mendapati kelajuan netbook dengan prosessor intel atom adalah memadai berbanding laptop dengan prosessor i3. Namun jika ada duit lebih.. sudah cukup menggunakan prosessor i5 dan ia sudah cukup laju. ... dan tak perlu lagi prosessor i7.
Wallahua'lam...

Wednesday, 5 September 2012
PETUA MEMBUKA PINTU BILIK SETELAH KUNCI HILANG
PETUA : Anda kehilangan kunci bilik atau rumah anda. Dan tidak boleh masuk kedalam rumah. Jika kuncinya adalah jenis tombol bulat iaitu kunci bilik. Jangan risau. Saya dah jumpa satu teknik yang best untuk menyelesaikan. Tetapi, janganlah ilmu ini digunakan sekiranya ingin memecah rumah atau mencuri. Tak baik tau. Nanti Allah balas dengan azab siksa yang sangat pedih. Caranya ialah dengan... jeng jeng jeng... menggunakan kad kredit atau kad plastik. Caranya ialah dengan menjolok kad itu kebahagian gigi kunci. InsyaAllah....
Wednesday, 18 July 2012
MASALAH CERMIN KERETA KABUR
MASALAH CERMIN KERETA KABUR
Anda ada masalah untuk melihat ketika memandu diwaktu pagi. Setelah dibuat kajian... didapati punca utama cermin kereta menjadi kabur diwaktu pagi ialah kerana ada lapisan kotoran. Ia mungkin berpunca dari faktor usia ataupun bahan kimia seperti cecair anti hujan yang dijual di kedai aksesori kereta. Ataupun cat clear yang digunakan semasa kita mengecat semula kereta. Jadi... dicadangkan agar anda membersihkan sendiri dengan tisu pada cermin itu sewaktu pagi setelah di hidupkan air cond selama 5 minit. Anda perlu gunakan beberapa helai tisu untuk sekali untuk membuang lapisan hidrokarbon. InsyaAllah. Ada jalannnya.

Friday, 8 June 2012
PETUA MENGHILANGKAN BAU TANDAS
Kita sering kali melepaskan hajat di Tandas Awam. Masalahnya... tandas yang digunakan oleh ramai orang adalah berbau sangat busuk. Jadi, ada satu teknik untuk mengurangkan bau itu. Iaitu... jeng jeng jeng... dengan membuka air paip dan mengalirkan air pada keseluruhan ruang bilik tandas itu... pada masa lebih kurang seminit... insyaAllah ... bau yang tengik itu akan hilang. Ini adalah kerana gas yang busuk itu adalah amonia .. dan gas amonia adalah sangat larut dalam air. Ok. Selamat mencuba... lagipun... orang yang tolong membersihkan tandas adalah antara sifat orang beriman... . ( seperti kisah maulana yang sukarela membersihkan tandas ditengah malam)...
Friday, 18 May 2012
PETUA NAK TAHU PERUBATAN ISLAM
Petua untuk menentukan pengamal perubatan islam. 1. Pengamal perubatan mesti beragama Islam, akil (berakal) dan baligh (cukup umur). Tidak boleh jumpa orang gila ataupun kanak kanak.Tidak boleh melalui mimpi atau ilham (sebenarnya dari syaitan). 2. Tidak melakukan syirik dari segi iktikad (kepercayaan), ucapan dan amalan. 3. Tidak meninggalkan amalan wajib seperti solat 5 waktu, puasa bulan ramadhan, dan zakat. Mesti pernah lihat pergi ke masjid. 4. Bukan orang ahli maksiat atau fasik. Tidak tutup aurat bagi perempuan. 5. Tidak memecah belah masyarakat atau keluarga. Menuduh orang lain seperti ahli keluarga sendiri membuat sihir. Tidak boleh tilik air didalam bekas dan perah limau. 6. Tidak tafsir ajaran islam mengikut hawa nafsu. Ilmu itu mesti dipelajari. Memahami apa yang diucapkan iaitu memahami ayat doa. Sebab ilmu perubatan mesti dipelajari dan faham agama. 7. Tidak menggunakan unsur sihir, menurun (jin masuk dalam badan) dan ilmu hitam. Tidak perlu ayam panggang dan pulut kuning. 8. Tidak boleh bersahabat istimewa dengan jin. Walaupun jin islam. Kerana kita tidak pasti dia islam atau tidak. Walaupun jin itu mengaku atau mengucap dua kalimah shahadat. Tidak boleh meminta kekuatan dari jin. Seperti bersilat yang guna jin (Seperti nasrul haq). 9. Hendaklah ikhlas beramal dan berubat untuk mencari keredhaan Allah. 10. Mesti sentiasa bertakwa kepada Allah. Ayat 1000 dinar: "Sesiapa yang bertakwa maka Allah akan beri jalan keluar dan rezeki yang tidak disangka sangka".
Monday, 14 May 2012
MARI MENGAJI DENGAN HP GALAXY
PETUA: Tahukah anda bahawa, handphone samsung galaxy pun ada software al quran dan arah qiblat. Tetapi kena download dari samsung Apps dari wifi. Boleh download percuma dan siap ada bacaan dan suara qari.
Tuesday, 20 March 2012
PETUA AGAR DUIT LEBIH BERKAT
SEKADAR RENUNGAN : Saya ada mendengar.... ada saudara kita yang membeli rumah kediaman... yang melebihi dari satu. Saya kurang bersetuju ...
Sebabnya ialah ...
1. Kita akan keluarkan duit tambahan untuk membayar bulanan... dan ini akan mengurangkan kemampuan kita untuk berbelanja untuk keluarga atau bersedekah... Walaupun .. rumah itu disewakan... ia tetap merugikan kita .. kerana biasanya kita terpaksa keluarkan duit tambahan untuk rumah itu kerana tiada penyewa ataupun duit sewa lebih rendah...
2. Lagipun ... jika kita kira jumlah bayaran duit yang dipinjam akan menjadi sekali ganda dengan harga asal rumah itu.... oleh itu... janganlah terlalu memburu harta didunia ... sehingga melalaikan pahala akhirat.
3. Hukum Allah itu adalah adil. Dan ada kemungkinan projek itu akan tergendala... tetapi kita masih kena bayar hutang dengan bank. Jadi, sebaiknya jangan ambil risiko.
Walaubagaimanapun, jika ada sebab yang tidak dapat dielakkan ataupun terlalu penting... tak mengapa lah....

Sunday, 18 March 2012
TEKNIK HENDAK MENGHALANG WEB TAK SENONOH
Adakah anda ada anak yang khuatir dia akan ketagih lihat laman web tak senonoh. Di sini ada satu Petua atau Teknik untuk menyekat laman web yang tidak senonoh dengan setting di internet explorer. Namun ia tidak berjaya sekiranya ada google atau engin internet yang lain. Dan ia juga tidak berjaya sekiranya anda tidak membuat akaun user untuk komputer yang special untuk anak. Namun ia juga agak remeh sebab kena add satu demi satu laman web yang tidak senonoh. Tetapi yang paling senang ialah dengan melanggan Kaspersky Internet Security dan boleh setting kepada child. http://www.youtube.com/watch?v=98ofPDvEMSI
Saturday, 17 March 2012
JANGAN BERSEDIH LAGI
Jangan risau jika anda dilanda musibah. Ini kerana Allah akan membalas dosa kejahatan orang mukmin didunia sahaja ataupun mengampuninya. Tetapi Allah akan membalas dosa orang yang fasik dan kafir di Akhirat di Neraka. Sebaliknya Allah akan membalas kebaikan orang kafir hanya didunia sahaja. Manakala Allah membalas kebaikan orang beriman di Dunia dan di Akhirat.
Saturday, 25 February 2012
Redha dengan ketentuan Ilahi
Semua perkara yang berlaku adalah dengan ketentuan dariNYA. Biar apa pun yang kita usahakan... belum tentu terjadi mengikut apa yang kita usahakan... kita hanya boleh berusaha dan berdoa... namun semua keputusan adalah dari Allah.. Apabila ada orang yang merancang... maka Allah juga merancang dengan rancangan yang terbaik dan akan berlaku tepat pada masanya iaitu tidak terlewat atau tercepat satu saat pun. Oleh itu redhalah dengan takdir ilahi ... mudah mudahan kita akan mendapat redha dari Allah.
Monday, 6 February 2012
Petua supaya kereta tidak breakdown
Dari pengamatan saya... kebanyakan masalah kereta yang terkandas di tepi jalan ialah kerana mereka lalai dari menambah air di radiator. Saya sudah jumpa teknik untuk mengelakkan masalah ini iaitu dengan menggunakan coolant. Kelebihannya ialah air di radiator lebih lambat kering dan radiaotor anda lebih tahan lama kerana coolant ada anti karat. Akan tetapi mekanik saya telah menasihati saya supaya tidak menggunakan coolant yang bewarna hijau kerana ia menghakis radiotor, walaupun harganya lebih murah. Dia mengesyorkan agar menggunakn coolant yang bewarna merah jambu kerana ia tidak menghakis radiator. Coolant melambatkan pengeringan air di radiator kerana ia meninggikan takat didih air.
Tuesday, 24 January 2012
PETUA UNTUK JAGA LAPTOP
PETUA : Tahukah anda mengenai RECOVERY pada laptop anda? Ianya adalah cara untuk anda menyimpan data termasuk windows ori yang di bekalkan didalam laptop anda. Ini menjamin agar anda dapat install semula windows dan semua data anda yang disimpan didalam CD atau DVD ataupun Harddisk Recovery. Cepatlah segera recovery ... Ini kerana jika komputer anda sudah rosak... tak ada gunanya anda menangis air mata darah sekalipun... ini kerana sudah terlewat...Jawabnya anda terpaksalah beli windows baru yang beharga rm 300 ataupun pakai yang pirate caribien tu... Ha ... macam juga kisah di Akhirat juga nanti...bertaubatlah sebelum terlewat..(Pesanan dari penaja)
Thursday, 5 January 2012
Semangat yang hilang
Motivasi : Dahulu semasa kita kecil...kita bertatih dahulu sebelum berjalan...dan selalu kita terjatuh...tetapi kita tak patah semangat dan bangun semula untuk belajar berjalan....kini kita sudah dewasa dan berjalan dan kekadang terpaksa berlari pula...dan kekadang kita terjatuh lagi...dan lagi....tetapi...jangan sedih sangat tau...terus bangun semula...ambil pengajaran dan iktibar...mulakan langkah dengan berhati hati dan kesabaran...kuatkan semangat ...jangan lupakan kegigihan kita ketika bertatih untuk berjalan...insyaAllah...Allah boleh ...dan apabila Allah membantu kita...maka tiada siapa yang dapat menghalangnya...
Subscribe to:
Posts (Atom)