Blog ini adalah untuk mengumpulkan idea dan ilmu untuk kebaikan semua kerana Allah. Banyak kandungannya diambil dari group Petua, Motivasi dan Consultant di facebook.
Showing posts with label PETUA. Show all posts
Showing posts with label PETUA. Show all posts
Friday, 9 August 2013
PETUA MENGHILANGKAN HABUK BESAR YANG TERMASUK DALAM MATA:
Biasanya, habuk akan memasuki kedalam mata apabila kita menaiki motorsikal ataupun aktiviti lasak. Biasanya ia akan hilang apabila dititiskan eye more. Namun adakalanya ia tak berkesan sebab habuk itu agak besar. Lalu ia menyebabkan mata menjadi sangat pedih. Ada yang sampai terpaksa pergi keklinik untuk mengatasinya. Namun, tahukah anda bahawa ada satu cara yang murah dan mudah. Iaitu dengan meletakkan mata yang dimasuki habuk itu dibawah air pili yang mengalir sambil membuka dan menutup mata. InsyaAllah ia berkesan dengan izin dari Allah.
Friday, 18 May 2012
PETUA NAK TAHU PERUBATAN ISLAM
Petua untuk menentukan pengamal perubatan islam. 1. Pengamal perubatan mesti beragama Islam, akil (berakal) dan baligh (cukup umur). Tidak boleh jumpa orang gila ataupun kanak kanak.Tidak boleh melalui mimpi atau ilham (sebenarnya dari syaitan). 2. Tidak melakukan syirik dari segi iktikad (kepercayaan), ucapan dan amalan. 3. Tidak meninggalkan amalan wajib seperti solat 5 waktu, puasa bulan ramadhan, dan zakat. Mesti pernah lihat pergi ke masjid. 4. Bukan orang ahli maksiat atau fasik. Tidak tutup aurat bagi perempuan. 5. Tidak memecah belah masyarakat atau keluarga. Menuduh orang lain seperti ahli keluarga sendiri membuat sihir. Tidak boleh tilik air didalam bekas dan perah limau. 6. Tidak tafsir ajaran islam mengikut hawa nafsu. Ilmu itu mesti dipelajari. Memahami apa yang diucapkan iaitu memahami ayat doa. Sebab ilmu perubatan mesti dipelajari dan faham agama. 7. Tidak menggunakan unsur sihir, menurun (jin masuk dalam badan) dan ilmu hitam. Tidak perlu ayam panggang dan pulut kuning. 8. Tidak boleh bersahabat istimewa dengan jin. Walaupun jin islam. Kerana kita tidak pasti dia islam atau tidak. Walaupun jin itu mengaku atau mengucap dua kalimah shahadat. Tidak boleh meminta kekuatan dari jin. Seperti bersilat yang guna jin (Seperti nasrul haq). 9. Hendaklah ikhlas beramal dan berubat untuk mencari keredhaan Allah. 10. Mesti sentiasa bertakwa kepada Allah. Ayat 1000 dinar: "Sesiapa yang bertakwa maka Allah akan beri jalan keluar dan rezeki yang tidak disangka sangka".
Tuesday, 20 March 2012
PETUA AGAR DUIT LEBIH BERKAT
SEKADAR RENUNGAN : Saya ada mendengar.... ada saudara kita yang membeli rumah kediaman... yang melebihi dari satu. Saya kurang bersetuju ...
Sebabnya ialah ...
1. Kita akan keluarkan duit tambahan untuk membayar bulanan... dan ini akan mengurangkan kemampuan kita untuk berbelanja untuk keluarga atau bersedekah... Walaupun .. rumah itu disewakan... ia tetap merugikan kita .. kerana biasanya kita terpaksa keluarkan duit tambahan untuk rumah itu kerana tiada penyewa ataupun duit sewa lebih rendah...
2. Lagipun ... jika kita kira jumlah bayaran duit yang dipinjam akan menjadi sekali ganda dengan harga asal rumah itu.... oleh itu... janganlah terlalu memburu harta didunia ... sehingga melalaikan pahala akhirat.
3. Hukum Allah itu adalah adil. Dan ada kemungkinan projek itu akan tergendala... tetapi kita masih kena bayar hutang dengan bank. Jadi, sebaiknya jangan ambil risiko.
Walaubagaimanapun, jika ada sebab yang tidak dapat dielakkan ataupun terlalu penting... tak mengapa lah....
Wallahua'lam...
Sebabnya ialah ...
1. Kita akan keluarkan duit tambahan untuk membayar bulanan... dan ini akan mengurangkan kemampuan kita untuk berbelanja untuk keluarga atau bersedekah... Walaupun .. rumah itu disewakan... ia tetap merugikan kita .. kerana biasanya kita terpaksa keluarkan duit tambahan untuk rumah itu kerana tiada penyewa ataupun duit sewa lebih rendah...
2. Lagipun ... jika kita kira jumlah bayaran duit yang dipinjam akan menjadi sekali ganda dengan harga asal rumah itu.... oleh itu... janganlah terlalu memburu harta didunia ... sehingga melalaikan pahala akhirat.
3. Hukum Allah itu adalah adil. Dan ada kemungkinan projek itu akan tergendala... tetapi kita masih kena bayar hutang dengan bank. Jadi, sebaiknya jangan ambil risiko.
Walaubagaimanapun, jika ada sebab yang tidak dapat dielakkan ataupun terlalu penting... tak mengapa lah....
Wallahua'lam...
Sunday, 18 March 2012
TEKNIK HENDAK MENGHALANG WEB TAK SENONOH
Adakah anda ada anak yang khuatir dia akan ketagih lihat laman web tak senonoh. Di sini ada satu Petua atau Teknik untuk menyekat laman web yang tidak senonoh dengan setting di internet explorer. Namun ia tidak berjaya sekiranya ada google atau engin internet yang lain. Dan ia juga tidak berjaya sekiranya anda tidak membuat akaun user untuk komputer yang special untuk anak. Namun ia juga agak remeh sebab kena add satu demi satu laman web yang tidak senonoh. Tetapi yang paling senang ialah dengan melanggan Kaspersky Internet Security dan boleh setting kepada child. http://www.youtube.com/watch?v=98ofPDvEMSI
Monday, 6 February 2012
Petua supaya kereta tidak breakdown
Dari pengamatan saya... kebanyakan masalah kereta yang terkandas di tepi jalan ialah kerana mereka lalai dari menambah air di radiator. Saya sudah jumpa teknik untuk mengelakkan masalah ini iaitu dengan menggunakan coolant. Kelebihannya ialah air di radiator lebih lambat kering dan radiaotor anda lebih tahan lama kerana coolant ada anti karat. Akan tetapi mekanik saya telah menasihati saya supaya tidak menggunakan coolant yang bewarna hijau kerana ia menghakis radiotor, walaupun harganya lebih murah. Dia mengesyorkan agar menggunakn coolant yang bewarna merah jambu kerana ia tidak menghakis radiator. Coolant melambatkan pengeringan air di radiator kerana ia meninggikan takat didih air.
Monday, 5 December 2011
CARA NAK JIMAT UBAT NYAMUK CECAIR
Petua : Anda ada gunakan ubat nyamuk elektrik yang ada cecair dalam botol...Bagus...ianya murah dan baunya kurang busuk...tetapi masalahnya kekadang terlupa tutup dan dan menyebabkannya cepat habis....jadi rugilah kan...Saya ada idea iaitu dengan menggunakan alat Timer ...jadi boleh set masa On Off mengikut keperluan sendiri...dan saya setkan untuk waktu waktu tertentu yang kritikal seperti diwaktu maghrib atau waktu selepas subuh...lagipun tak elok jika terlalu banyak terdedah lama lama kepada ubat nyamuk..kerana ia adalah racun..dan bahaya jika terlalu banyak dihidu...
PETUA HALAU NYAMUK
Petua : Sungguh tension apabila ada nyamuk yang ganggu semasa nak tidur. Gatalnya punyalah kuat. Nak sembur ubat nyamuk nanti busuk pula. Tetapi bolehlah gunakan penyembur nyamuk yang wangi dan tidak busuk. Sembur sahaja dekat dengan kaki..insyaAllah dia akan lari.Eh...janganlah sembur di kaki sendiri tau...
Wednesday, 30 November 2011
AWAS KAMERA WEB YANG MASIH AKTIF
Petua...Ada orang boleh melihat anda dengan kamera di depan laptop. ..dengan adanya akses internet..tak percaya tak apa...ini tidak mustahil bagi orang jahat yang memang mampu lakukannya...Adakah anda sangka mereka tak nak buat begitu kerana jaga moral...sudah pasti tidak...apatah lagi apabila ada ilmu untuk itu...jadi fikirkan...tolonglah cover dengan kertas yang boleh buka tutup dengan dilekat dengan selotap. wallahuaklam..
Wednesday, 23 November 2011
TAK ADA SEMANGAT NAK BACA BUKU
Petua : Jika ada yang mudah jemu baca buku pelajaran. Cuba buat latihan pula. Jika anda masih tidak banyak betul. Itu tandanya anda masih perlu study lagi. Jika anda banyak betul maka itu tandanya anda sudah pandai...
UBAT SELSEMA YANG TIDAK LENTOK
Jika anda selsema. Ada masalah iaitu ubatnya adalah mengantuk dan seolah melayang. Jadi anda boleh cari ubat yang tiada kesan sampingan. Dan saya dapati ada satu ubat yang bernama Clarinase adalah sesuai. Tetapi harganya juga boleh tahan mahal.
UBAT BATUK YANG TIDAK MENGANTUK
Jika anda batuk. Ada masalah juga iaitu ubatnya ada kesan mengantuk. Tetapi ada juga ubat batuk herba yang berwarna hijau seperti ZECUF. Ubat ini tiada kesan mengantuk dan anda boleh bekerja dengan tenang. InsyaAllah.
TAK PEDIHKAN MATA
Jika anda ada masalah untuk membuang kulit bawang merah atau bawang besar sebab ia memedihkan mata anda. Maka cuba anda rendam dahulu bawang itu dalam air selama 5 minit. Selepas itu tiada lagi masalah mata yang pedih. InsyaAllah.
PETUA KANSER
PETUA KANSER: Saya pernah mendengar ada orang kata bahawa buah durian belanda dan tapai dapat mengatasi masalah penyakit kanser. Saya pernah jumpa di internet bahawa buah aprikot dapat mengatasi penyakit kanser. Saya juga pernah terlihat rencana tentang doktor Bob Beck menggunakan rawatan terapi elektrik untuk mencegah penyakit kronik. Wallahua'lam.
PETUA UNTUK ELAK DARI KERETA ROSAK DI PERJALANAN
TIPS UNTUK JAGA KERETA : Tahukah anda bahawa kebanyakan masalah kereta tersadai di tepi jalan ialah kerana masalah yang remeh temeh iaitu masalah kurang AIR di radiator. Walaupun air adalah percuma di stesen minyak kita sering terlupa untuk top up air. Untuk mengatasinya silalah guna coolant supaya ia dapat bertahan lama kerana takat didihnya lebih tinggi. Lagipun ianya anti rust atau anti karat dan radiator anda juga tahan lama. Coolant ini biasanya harga lebih kurang RM 1o ringgit sahaja. Tetapi sangat berbaloi untuk menjaga enjin kereta anda.
SYUKURLAH DENGAN NIKMAT MATA
TIPS UNTUK MENSYUKURI NIKMAT MATA YANG ALLAH BERI :Antara jihad yang paling besar ialah menentang hawa nafsu. Saya nak cadangkan agar semua lelaki yang budiman agar mensyukuri nikmat mata yang Allah beri. Selemah lemah iman kita ialah kita jangan menyimpan satu pun gambar atau video klip yang lucah sama ada di laptop, pendrive atau di handphone. Jika kita tidak mampu untuk menyekat laman web yang tak senonoh, inilah ikhtiar kita. Jika kita bersyukur maka Allah akan tambah nikmat. Jika kita kufur maka azab Allah adalah sangat pedih.
JIKA KERETA ANDA SEOLAH TERBABAS BILA DI SELEKOH
Jika sesiapa ada masalah kereta anda yang kurang stabil. Seperti ia seolah hendak terbabas bila hendak pusing di selekoh, walaupun tidak di bawa laju. Kemungkinan bebola besi pada tayar kereta anda sudah rosak. Walaupun anda sudah buat alignment tetapi masih ada juga. Ia hanya boleh dikesan apabila kereta anda diangkat diatas dan anda cuba goyangkan tayar kereta anda.
HANDPHONE LAMA PUN ADA KELEBIHAN JUGA
PETUA: Adakah Handphone yang terbaru itu lebih baik dari Hp yang lama. Belum tentu lagi. Ini kerana Hp lama adalah : 1. Lebih ringan dari hp yang baru. 2. lebih kecil dari beberapa model hp yang lebih canggih. 3. Kita lebih senang mengendalikannya kerana kita sudah biasa. Jadi membeli Hp yang baru adalah membazir jikalau Hp kita masih elok dan tiada function yang terlalu penting. Walaupun ada liputan internet seperti Blackberry. Tak puas hati juga sebab bateri cepat habis dan tidak puas seperti layari fb di laptop.
PERAKAM SUARA YANG JIMAT
PETUA : Jika anda ingin merekod ceramah agama dan anda bercadang untuk membeli voice recorder tetapi harganya lebih kurang rm 200 untuk 4 Gig untuk made in china. Tunggu dahulu. Tahukah anda bahawa hand phone anda juga boleh merekod suara. Masalahnya hp original ada memori yang terhad. Anda hanya perlu tukar memori yang lebih besar. Harga memori sd 4 GIG di lowyat baru lebih kurang rm 25.
KECIL TAPI BAHAYA ...
IDEA : Jangan pandang remeh tentang jarum suntikan. Kerana ada satu suntikan boleh membawa maut. Ada jarum suntikan juga boleh menyebarkan virus HIV untuk dapat penyakit AIDS. Walaupun ia tidak sakit...namun ia boleh memberi kesan yang terlalu besar dalam hidup anda...cuba fikirkan...
AIR YANG TERBAIK IALAH AIR ZAM ZAM
PETUA : Air yang terbaik didunia air zamzam. Ianya boleh menjadi penawar kepada banyak penyakit. Apa rahsianya? Ada saintis mendapati Air zam zam ialah beralkali. Tetapi virus dan bakteria tidak aktif atau lemah didalam air yang beralkali. Sebaliknya virus dan bakteria aktif didalam air yang berasid. Nak tahu tak...ada sejenis penapis air keluaran islam iaitu IMTIYAAZ juga beralkali. InsyaAllah ia dapat mencegah beberapa penyakit seperti kanser dengan izin Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)