Blog ini adalah untuk mengumpulkan idea dan ilmu untuk kebaikan semua kerana Allah. Banyak kandungannya diambil dari group Petua, Motivasi dan Consultant di facebook.
Saturday, 25 February 2012
Redha dengan ketentuan Ilahi
Semua perkara yang berlaku adalah dengan ketentuan dariNYA. Biar apa pun yang kita usahakan... belum tentu terjadi mengikut apa yang kita usahakan... kita hanya boleh berusaha dan berdoa... namun semua keputusan adalah dari Allah.. Apabila ada orang yang merancang... maka Allah juga merancang dengan rancangan yang terbaik dan akan berlaku tepat pada masanya iaitu tidak terlewat atau tercepat satu saat pun. Oleh itu redhalah dengan takdir ilahi ... mudah mudahan kita akan mendapat redha dari Allah.
Monday, 6 February 2012
Petua supaya kereta tidak breakdown
Dari pengamatan saya... kebanyakan masalah kereta yang terkandas di tepi jalan ialah kerana mereka lalai dari menambah air di radiator. Saya sudah jumpa teknik untuk mengelakkan masalah ini iaitu dengan menggunakan coolant. Kelebihannya ialah air di radiator lebih lambat kering dan radiaotor anda lebih tahan lama kerana coolant ada anti karat. Akan tetapi mekanik saya telah menasihati saya supaya tidak menggunakan coolant yang bewarna hijau kerana ia menghakis radiotor, walaupun harganya lebih murah. Dia mengesyorkan agar menggunakn coolant yang bewarna merah jambu kerana ia tidak menghakis radiator. Coolant melambatkan pengeringan air di radiator kerana ia meninggikan takat didih air.
Subscribe to:
Posts (Atom)