Friday, 18 May 2012

PETUA NAK TAHU PERUBATAN ISLAM

Petua untuk menentukan pengamal perubatan islam. 1. Pengamal perubatan mesti beragama Islam, akil (berakal) dan baligh  (cukup umur). Tidak boleh jumpa orang gila ataupun kanak kanak.Tidak boleh melalui mimpi atau ilham (sebenarnya dari syaitan). 2. Tidak melakukan syirik dari segi iktikad (kepercayaan), ucapan dan amalan. 3. Tidak meninggalkan amalan wajib seperti solat 5 waktu, puasa bulan ramadhan, dan zakat. Mesti pernah lihat pergi ke masjid. 4. Bukan orang ahli maksiat atau fasik. Tidak tutup aurat bagi perempuan. 5. Tidak memecah belah masyarakat atau keluarga. Menuduh orang lain seperti ahli keluarga sendiri membuat sihir. Tidak boleh tilik air didalam bekas dan perah limau. 6. Tidak tafsir ajaran islam mengikut hawa nafsu. Ilmu itu mesti dipelajari. Memahami apa yang diucapkan iaitu memahami ayat doa. Sebab ilmu perubatan mesti dipelajari dan faham agama. 7. Tidak menggunakan unsur sihir, menurun (jin masuk dalam badan) dan ilmu hitam. Tidak perlu ayam panggang dan pulut kuning. 8. Tidak boleh bersahabat istimewa dengan jin. Walaupun jin islam. Kerana kita tidak pasti dia islam atau tidak. Walaupun jin itu mengaku atau mengucap dua kalimah shahadat. Tidak boleh meminta kekuatan dari jin. Seperti bersilat yang guna jin (Seperti nasrul haq). 9. Hendaklah ikhlas beramal dan berubat untuk mencari keredhaan Allah. 10. Mesti sentiasa bertakwa kepada Allah. Ayat 1000 dinar: "Sesiapa yang bertakwa maka Allah akan beri jalan keluar dan rezeki yang tidak disangka sangka".

Monday, 14 May 2012

MARI MENGAJI DENGAN HP GALAXY

PETUA: Tahukah anda bahawa, handphone samsung galaxy pun ada software al quran dan arah qiblat. Tetapi kena download dari samsung Apps dari wifi. Boleh download percuma dan siap ada bacaan dan suara qari.