Saturday, 25 February 2012

Redha dengan ketentuan Ilahi

Semua perkara yang berlaku adalah dengan ketentuan dariNYA. Biar apa pun yang kita usahakan... belum tentu terjadi mengikut apa yang kita usahakan... kita hanya boleh berusaha dan berdoa... namun semua keputusan adalah dari Allah.. Apabila ada orang yang merancang... maka Allah juga merancang dengan rancangan yang terbaik dan akan berlaku tepat pada masanya iaitu tidak terlewat atau tercepat satu saat pun. Oleh itu redhalah dengan takdir ilahi ... mudah mudahan kita akan mendapat redha dari Allah.

Monday, 6 February 2012

Petua supaya kereta tidak breakdown

Dari pengamatan saya... kebanyakan masalah kereta yang terkandas di tepi jalan ialah kerana mereka lalai dari menambah air di radiator. Saya sudah jumpa teknik untuk mengelakkan masalah ini iaitu dengan menggunakan coolant. Kelebihannya ialah air di radiator lebih lambat kering dan radiaotor anda lebih tahan lama kerana coolant ada anti karat. Akan tetapi mekanik saya telah menasihati saya supaya tidak menggunakan coolant yang bewarna hijau kerana ia menghakis radiotor, walaupun harganya lebih murah. Dia mengesyorkan agar menggunakn coolant yang bewarna merah jambu kerana ia tidak menghakis radiator. Coolant melambatkan pengeringan air di radiator kerana ia meninggikan takat didih air.

Tuesday, 24 January 2012

PETUA UNTUK JAGA LAPTOP

PETUA : Tahukah anda mengenai RECOVERY pada laptop anda? Ianya adalah cara untuk anda menyimpan data termasuk windows ori yang di bekalkan didalam laptop anda. Ini menjamin agar anda dapat install semula windows dan semua data anda yang disimpan didalam CD atau DVD ataupun Harddisk Recovery. Cepatlah segera recovery ... Ini kerana jika komputer anda sudah rosak... tak ada gunanya anda menangis air mata darah sekalipun... ini kerana sudah terlewat...Jawabnya anda terpaksalah beli windows baru yang beharga rm 300 ataupun pakai yang pirate caribien tu... Ha ... macam juga kisah di Akhirat juga nanti...bertaubatlah sebelum terlewat..(Pesanan dari penaja)

Thursday, 5 January 2012

Semangat yang hilang

Motivasi : Dahulu semasa kita kecil...kita bertatih dahulu sebelum berjalan...dan selalu kita terjatuh...tetapi kita tak patah semangat dan bangun semula untuk belajar berjalan....kini kita sudah dewasa dan berjalan dan kekadang terpaksa berlari pula...dan kekadang kita terjatuh lagi...dan lagi....tetapi...jangan sedih sangat tau...terus bangun semula...ambil pengajaran dan iktibar...mulakan langkah dengan berhati hati dan kesabaran...kuatkan semangat ...jangan lupakan kegigihan kita ketika bertatih untuk berjalan...insyaAllah...Allah boleh ...dan apabila Allah membantu kita...maka tiada siapa yang dapat menghalangnya...

Monday, 5 December 2011

CARA NAK JIMAT UBAT NYAMUK CECAIR

Petua : Anda ada gunakan ubat nyamuk elektrik yang ada cecair dalam botol...Bagus...ianya murah dan baunya kurang busuk...tetapi masalahnya kekadang terlupa tutup dan dan menyebabkannya cepat habis....jadi rugilah kan...Saya ada idea iaitu dengan menggunakan alat Timer ...jadi boleh set masa On Off mengikut keperluan sendiri...dan saya setkan untuk waktu waktu tertentu yang kritikal seperti diwaktu maghrib atau waktu selepas subuh...lagipun tak elok jika terlalu banyak terdedah lama lama kepada ubat nyamuk..kerana ia adalah racun..dan bahaya jika terlalu banyak dihidu...

PETUA HALAU NYAMUK

Petua : Sungguh tension apabila ada nyamuk yang ganggu semasa nak tidur. Gatalnya punyalah kuat. Nak sembur ubat nyamuk nanti busuk pula. Tetapi bolehlah gunakan penyembur nyamuk yang wangi dan tidak busuk. Sembur sahaja dekat dengan kaki..insyaAllah dia akan lari.Eh...janganlah sembur di kaki sendiri tau...

Saturday, 3 December 2011

AL QURAN ONLINE

Saya ingin memberitahu bahawa ada satu alamat web yang membolehkan kita membaca al quran;sambil mengikuti qari. Ianya percuma tetapi memerlukan akses internet...iaitu di sini  http://www.quranexplorer.com/quran/ .InsyaAllah kita dapat membaca al Quran dengan mudah. Dan semoga Quran tidak lagi mengutuk kita apabila kita tersalah sebut....wallahua'lam.