Tuesday, 20 March 2012

PETUA AGAR DUIT LEBIH BERKAT

SEKADAR RENUNGAN : Saya ada mendengar.... ada saudara kita yang membeli rumah kediaman... yang melebihi dari satu. Saya kurang  bersetuju ...
Sebabnya ialah ...
1. Kita akan keluarkan duit tambahan untuk membayar bulanan... dan ini akan mengurangkan kemampuan kita untuk berbelanja untuk keluarga atau bersedekah... Walaupun .. rumah itu disewakan... ia tetap merugikan kita .. kerana biasanya kita terpaksa keluarkan duit tambahan untuk rumah itu kerana tiada penyewa ataupun duit sewa lebih rendah...
2. Lagipun ... jika kita kira jumlah bayaran duit yang dipinjam akan menjadi sekali ganda dengan harga asal rumah itu.... oleh itu... janganlah terlalu memburu harta didunia ... sehingga melalaikan pahala akhirat.
3. Hukum Allah itu adalah adil.  Dan ada kemungkinan projek itu akan tergendala... tetapi kita masih kena bayar hutang dengan bank. Jadi, sebaiknya jangan ambil risiko.
Walaubagaimanapun, jika ada sebab yang tidak dapat dielakkan ataupun terlalu penting... tak mengapa lah....
Wallahua'lam...

Sunday, 18 March 2012

TEKNIK HENDAK MENGHALANG WEB TAK SENONOH

Adakah anda ada anak yang khuatir dia akan ketagih lihat laman web tak senonoh. Di sini ada satu Petua atau Teknik untuk menyekat laman web yang tidak senonoh dengan setting di internet explorer. Namun ia tidak berjaya sekiranya ada google atau engin internet yang lain. Dan ia juga tidak berjaya sekiranya anda tidak membuat akaun user untuk komputer yang special untuk anak. Namun ia juga agak remeh sebab kena add satu demi satu laman web yang tidak senonoh. Tetapi yang paling senang ialah dengan melanggan Kaspersky Internet Security dan boleh setting kepada child. http://www.youtube.com/watch?v=98ofPDvEMSI

Saturday, 17 March 2012

JANGAN BERSEDIH LAGI

Jangan risau jika anda dilanda musibah. Ini kerana Allah akan membalas dosa kejahatan orang mukmin didunia sahaja ataupun mengampuninya. Tetapi Allah akan membalas dosa orang yang fasik dan kafir di Akhirat di Neraka. Sebaliknya Allah akan membalas kebaikan orang kafir hanya didunia sahaja. Manakala Allah membalas kebaikan orang beriman di Dunia dan di Akhirat.

Saturday, 25 February 2012

Redha dengan ketentuan Ilahi

Semua perkara yang berlaku adalah dengan ketentuan dariNYA. Biar apa pun yang kita usahakan... belum tentu terjadi mengikut apa yang kita usahakan... kita hanya boleh berusaha dan berdoa... namun semua keputusan adalah dari Allah.. Apabila ada orang yang merancang... maka Allah juga merancang dengan rancangan yang terbaik dan akan berlaku tepat pada masanya iaitu tidak terlewat atau tercepat satu saat pun. Oleh itu redhalah dengan takdir ilahi ... mudah mudahan kita akan mendapat redha dari Allah.

Monday, 6 February 2012

Petua supaya kereta tidak breakdown

Dari pengamatan saya... kebanyakan masalah kereta yang terkandas di tepi jalan ialah kerana mereka lalai dari menambah air di radiator. Saya sudah jumpa teknik untuk mengelakkan masalah ini iaitu dengan menggunakan coolant. Kelebihannya ialah air di radiator lebih lambat kering dan radiaotor anda lebih tahan lama kerana coolant ada anti karat. Akan tetapi mekanik saya telah menasihati saya supaya tidak menggunakan coolant yang bewarna hijau kerana ia menghakis radiotor, walaupun harganya lebih murah. Dia mengesyorkan agar menggunakn coolant yang bewarna merah jambu kerana ia tidak menghakis radiator. Coolant melambatkan pengeringan air di radiator kerana ia meninggikan takat didih air.

Tuesday, 24 January 2012

PETUA UNTUK JAGA LAPTOP

PETUA : Tahukah anda mengenai RECOVERY pada laptop anda? Ianya adalah cara untuk anda menyimpan data termasuk windows ori yang di bekalkan didalam laptop anda. Ini menjamin agar anda dapat install semula windows dan semua data anda yang disimpan didalam CD atau DVD ataupun Harddisk Recovery. Cepatlah segera recovery ... Ini kerana jika komputer anda sudah rosak... tak ada gunanya anda menangis air mata darah sekalipun... ini kerana sudah terlewat...Jawabnya anda terpaksalah beli windows baru yang beharga rm 300 ataupun pakai yang pirate caribien tu... Ha ... macam juga kisah di Akhirat juga nanti...bertaubatlah sebelum terlewat..(Pesanan dari penaja)

Thursday, 5 January 2012

Semangat yang hilang

Motivasi : Dahulu semasa kita kecil...kita bertatih dahulu sebelum berjalan...dan selalu kita terjatuh...tetapi kita tak patah semangat dan bangun semula untuk belajar berjalan....kini kita sudah dewasa dan berjalan dan kekadang terpaksa berlari pula...dan kekadang kita terjatuh lagi...dan lagi....tetapi...jangan sedih sangat tau...terus bangun semula...ambil pengajaran dan iktibar...mulakan langkah dengan berhati hati dan kesabaran...kuatkan semangat ...jangan lupakan kegigihan kita ketika bertatih untuk berjalan...insyaAllah...Allah boleh ...dan apabila Allah membantu kita...maka tiada siapa yang dapat menghalangnya...