Blog ini adalah untuk mengumpulkan idea dan ilmu untuk kebaikan semua kerana Allah. Banyak kandungannya diambil dari group Petua, Motivasi dan Consultant di facebook.
Wednesday, 30 November 2011
Tuesday, 29 November 2011
KEBENARAN HADIS NABI TERBUKTI SECARA SAINTIFIK
LALAT PENAWAR PENYAKIT
Pada tahun 1871, Prof J Leidy seorang pakar ilmu serangga atau Entomologi mendapati lalat membawa pelbagai kuman penyakit kepada manusia.
Namun pada tahun 1927, seorang lagi saintis bernama Shoppe, membuat penemuan mengejutkan apabila mendapati ada kuman – kuman dan virus dalam badan lalat berfungsi membunuh lain lain kuman.
Kajian Shope ke atas lalat rumah menunjukkan ia mengandungi virus bacterphage yang mampu membunuh kuman kuman lain seperti staphylococcus, e coli, salmonella dan thyphosa yang menyebab penyakit cirit birit dan kepialu. Inilah penemuan virus bacteriophage yang pertama didalam serangga. Bakteriophage ialah bakteria yang makan bakteria lain.
Pada tahun 1934, Stewart mendapati lalat berbentuk larva, ketika dicelup kedalam luka akan mengeluarkan bahan ammonia dan kalsium karbonat yang menjadikan luka itu beralkali. Dalam keadaan ini, larva tersebut berfungsi membunuh kuman-kkuman penyakit disamping meredakan bengkak dan mencegah kematian sel sel.
Seorang lagi pengkaji, W Robinson dalam kajiannya mendapati lendir yang dikeluarkan oleh larva lalat mampu membunuh kuman berbahaya seperti Staphylococus, H streptococci dan clostridium w.
Begitulah penyelidikan yang seterusnya mendapati kelebihan bakteria baik yang dapat memusnahkan pelbagai bakteria. Mereka mendapati bakteria yang berpenyakit hanya terdapat di kaki lalat dan bukan pada seluruh badannya.
Mereka juga mendapa microorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalau kecuali setelah disentuh oleh cecair. Caranya ialah dengan merendam lalat itu didalam air. Apabila direndam , ia akan memberi tekanan kepada sel sel yang mengandungi bakteria baik menjadi pecah dan dapat membunuh bakteria berpenyakit.
Tetapi, penemuan ini bukan sesuatu yang baru. Sebenarnya penemuan ini telah diceritakan kepada umat islam oleh hadis nabi. Iaitu…
Dari Abi Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. Apabila lalat jatuh ke dalam minuman seorang diantara kamu, maka rendamlah lalat itu kemudian buanglah lalat itu. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat.
Ternyata apa yang telah disabdakan oleh lidah Nabi Muhammad s.a .w. adalah benar .
Wednesday, 23 November 2011
PENAPIS AIR YANG HALAL
Jika anda ada masalah untuk Penapis air yang murah dan halal. Gunakanlah Penapis air keluaran islam iaitu IMTIYAAZ. Harga satu set ialah kurang RM 500. Awas ada penapis air yang menggunakan tulang babi. Tengok sahaja warnanya putih melepak. Cuba search di Yahoo jika anda nak tahu lebih lanjut.
TAK ADA SEMANGAT NAK BACA BUKU
Petua : Jika ada yang mudah jemu baca buku pelajaran. Cuba buat latihan pula. Jika anda masih tidak banyak betul. Itu tandanya anda masih perlu study lagi. Jika anda banyak betul maka itu tandanya anda sudah pandai...
UBAT SELSEMA YANG TIDAK LENTOK
Jika anda selsema. Ada masalah iaitu ubatnya adalah mengantuk dan seolah melayang. Jadi anda boleh cari ubat yang tiada kesan sampingan. Dan saya dapati ada satu ubat yang bernama Clarinase adalah sesuai. Tetapi harganya juga boleh tahan mahal.
UBAT BATUK YANG TIDAK MENGANTUK
Jika anda batuk. Ada masalah juga iaitu ubatnya ada kesan mengantuk. Tetapi ada juga ubat batuk herba yang berwarna hijau seperti ZECUF. Ubat ini tiada kesan mengantuk dan anda boleh bekerja dengan tenang. InsyaAllah.
TAK PEDIHKAN MATA
Jika anda ada masalah untuk membuang kulit bawang merah atau bawang besar sebab ia memedihkan mata anda. Maka cuba anda rendam dahulu bawang itu dalam air selama 5 minit. Selepas itu tiada lagi masalah mata yang pedih. InsyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)