Tuesday, 29 November 2011

KEBENARAN HADIS NABI TERBUKTI SECARA SAINTIFIK

LALAT PENAWAR PENYAKIT

Pada tahun 1871, Prof J Leidy seorang pakar ilmu serangga atau Entomologi mendapati lalat membawa pelbagai kuman penyakit kepada manusia.

Namun pada tahun 1927, seorang lagi saintis bernama Shoppe, membuat penemuan mengejutkan apabila mendapati ada kuman – kuman dan virus dalam badan lalat berfungsi membunuh lain lain kuman.

Kajian Shope ke atas lalat rumah menunjukkan ia mengandungi virus bacterphage yang mampu membunuh kuman kuman lain seperti staphylococcus, e coli, salmonella dan thyphosa yang menyebab penyakit cirit birit dan kepialu. Inilah penemuan virus bacteriophage yang pertama didalam serangga. Bakteriophage ialah bakteria yang makan bakteria lain.

Pada tahun 1934, Stewart mendapati lalat berbentuk larva, ketika dicelup kedalam luka akan mengeluarkan bahan ammonia dan kalsium karbonat yang menjadikan luka itu beralkali. Dalam keadaan ini, larva tersebut berfungsi membunuh kuman-kkuman penyakit disamping meredakan bengkak  dan mencegah kematian sel sel.

Seorang lagi pengkaji, W Robinson dalam kajiannya mendapati lendir yang dikeluarkan oleh larva lalat mampu membunuh kuman berbahaya seperti Staphylococus, H streptococci dan clostridium w.

Begitulah penyelidikan yang seterusnya mendapati kelebihan bakteria baik yang dapat memusnahkan pelbagai bakteria. Mereka mendapati bakteria yang berpenyakit hanya terdapat di kaki lalat dan bukan pada seluruh badannya.

Mereka juga mendapa microorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalau kecuali setelah disentuh oleh cecair. Caranya ialah dengan merendam lalat itu didalam air. Apabila direndam  , ia akan memberi tekanan kepada sel sel yang mengandungi bakteria baik menjadi pecah dan dapat membunuh bakteria berpenyakit.

Tetapi, penemuan ini bukan sesuatu yang baru. Sebenarnya penemuan ini telah diceritakan kepada umat islam oleh hadis nabi. Iaitu…

Dari Abi Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. Apabila lalat jatuh ke dalam minuman seorang diantara kamu, maka rendamlah lalat itu kemudian buanglah lalat itu. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat.

Ternyata apa yang telah disabdakan oleh lidah Nabi Muhammad s.a .w. adalah benar .

No comments:

Post a Comment