Blog ini adalah untuk mengumpulkan idea dan ilmu untuk kebaikan semua kerana Allah. Banyak kandungannya diambil dari group Petua, Motivasi dan Consultant di facebook.
Wednesday, 23 November 2011
PETUA UNTUK SEMBUH DARI PENYAKIT
Bersedekah atau istighfar dari dosa dan bertaubat dari kesalahan. Dan sebaiknya berdoa selepas solat fardhu. InsyaAllah..setiap penyakit ada ubatnya kecuali penyakit mati dan penyakit tua. Cuma kita kena bersabar kerana setiap penyakit itu penghapus dosa kita. Jadi adakah kita tidak suka jika dosa kita dibersihkan dan dipadamkan oleh Allah. Allah beri petunjuk supaya kita sedar dan insaf tentang dosa dan kekuasaanNYA.
Untuk sembuh dari penyakit ialah dengan bertaubat atau istighfar. Ini kerana setiap penyakit itu adalah kifarah atau penghapus dosa. Dari Allah kita sakit dan hanya Allah yang akan menghapuskan penyakit. Kemudian baru berusaha dan berdoa serta berserah diri kepada Allah. Allah sangat suka suara hambanya yang berdoa kepadaNYA agar diperkenankannya. Jadi berdoalah ...terutama sekali selepas solat fardhu.
Labels:
PETUA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment