Wednesday, 23 November 2011

TIPS UNTUK INSTALL SOFTWARE AL QURAN

PETUA : Ada software untuk bacaan Al quran dari Zekr.com. Boleh download bacaan qari dan ada terjemahan dalam bahasa melayu. Anda boleh ikut bacaan qari sambil membaca ayatnya atau tafsirnya. Yang bestnya...free of charge.

Jika anda berminat boleh lah cuba install dengan mengklik dari alamat web disini...http://zekr.org/quran/.

Tetapi ianya tidak semudah abc. Anda mesti rajin berusaha..kerana ada beberapa langkah yang perlu di selesaikan. Macam puzzle jugak..
Jadi saya ringkaskan langkah langkahnya iaitu:

1. Download fail zekr dari alamat web diatas tu..Kemudian cubalah run atau open fail itu. Sebaiknya ambil yang ada software java sekali kerana software zekr perlukan program java. Jika sudah boleh menjalankan software Zekr...maka anda akan lihat tulisan ayat alquran.

2. Tetapi masih tiada bacaan qari yang keluar. Jadi anda kena download qari offline pula. Boleh klik dari sini...http://zekr.org/resources.html
Kena cari agak jauh kebawah iaitu di recitor.
Ia ambil masa yang agak lama juga ..sebab ia fail mp3 dan agak besar memorinya. Boleh pilih mana mana qari dan downloadkan. Selepas download..anda kena buka fail ini dari software Zekr...iaitu dimenu diatas...dan klik Tools...dan klik Add ...dan klik Recitation...

3. Langkah yang terakhir ialah untuk mendapat tafsiran dalam Bahasa Melayu. Anda kena download dari alamat web yang sama di langkah 2 tadi..ia ada disitu dan pilih translator dan cari Malay atau Basmeih dan klik download. Selepas download...anda kena buka fail ini dari software Zekr ...iaitu di menu diatas ...dan klik Tools ..dan klik Add ...dan klik translation.. Cuba lihat adakah sudah ada tafsiran dalam bahasa melayu..Jika tiada anda kena pergi ke Menu dan klik View ...dan klik Translation..dan klik Basmeih.

Jadi..sepatutnya anda dah boleh baca Al Quran dengan cara paling mudah. Hanya perlu ikut sahaja bacaan Qari atau lihat maksud tafsiran. Bacalah Al Quran di setiap hari ..sekurang kurangnya satu tanda ain atau bintang. InsyaAllah...saya juga akan kongsi pahala ...apabila anda membaca Al Quran digital ini.

No comments:

Post a Comment