Wednesday, 23 November 2011

KENA TIPU LA...

MOTIVASI : Jangan risau jika anda ditipu oleh seseorang. Sepatutnya orang yang menipu itu perlu risau kerana dia berdosa pada anda. Kita memang kena percaya kepada seseorang itu untuk kali pertama. Akan tetapi orang beriman tidak akan ditipu atas perkara yang sama untuk kali ke dua. Kerana mereka belajar dari pengalaman. Orang yang lemah akan terus ditipu untuk banyak kali kerana ia tidak mengambil pengajaran dari sesuatu peristiwa. Dan jika anda ditipu ertinya anda dianiaya. Dan doa orang yang teraniaya adalah makbul kerana tiada hijab dengan Allah. Jadi gunakan kesempatan itu untuk berdoa rahmat untuk diri kita dan petunjuk hidayat untuk penipu itu.

No comments:

Post a Comment