Blog ini adalah untuk mengumpulkan idea dan ilmu untuk kebaikan semua kerana Allah. Banyak kandungannya diambil dari group Petua, Motivasi dan Consultant di facebook.
Monday, 5 December 2011
CARA NAK JIMAT UBAT NYAMUK CECAIR
Petua : Anda ada gunakan ubat nyamuk elektrik yang ada cecair dalam botol...Bagus...ianya murah dan baunya kurang busuk...tetapi masalahnya kekadang terlupa tutup dan dan menyebabkannya cepat habis....jadi rugilah kan...Saya ada idea iaitu dengan menggunakan alat Timer ...jadi boleh set masa On Off mengikut keperluan sendiri...dan saya setkan untuk waktu waktu tertentu yang kritikal seperti diwaktu maghrib atau waktu selepas subuh...lagipun tak elok jika terlalu banyak terdedah lama lama kepada ubat nyamuk..kerana ia adalah racun..dan bahaya jika terlalu banyak dihidu...
PETUA HALAU NYAMUK
Petua : Sungguh tension apabila ada nyamuk yang ganggu semasa nak tidur. Gatalnya punyalah kuat. Nak sembur ubat nyamuk nanti busuk pula. Tetapi bolehlah gunakan penyembur nyamuk yang wangi dan tidak busuk. Sembur sahaja dekat dengan kaki..insyaAllah dia akan lari.Eh...janganlah sembur di kaki sendiri tau...
Saturday, 3 December 2011
AL QURAN ONLINE
Saya ingin memberitahu bahawa ada satu alamat web yang membolehkan kita membaca al quran;sambil mengikuti qari. Ianya percuma tetapi memerlukan akses internet...iaitu di sini http://www.quranexplorer.com/quran/ .InsyaAllah kita dapat membaca al Quran dengan mudah. Dan semoga Quran tidak lagi mengutuk kita apabila kita tersalah sebut....wallahua'lam.
Wednesday, 30 November 2011
AWAS KAMERA WEB YANG MASIH AKTIF
Petua...Ada orang boleh melihat anda dengan kamera di depan laptop. ..dengan adanya akses internet..tak percaya tak apa...ini tidak mustahil bagi orang jahat yang memang mampu lakukannya...Adakah anda sangka mereka tak nak buat begitu kerana jaga moral...sudah pasti tidak...apatah lagi apabila ada ilmu untuk itu...jadi fikirkan...tolonglah cover dengan kertas yang boleh buka tutup dengan dilekat dengan selotap. wallahuaklam..
Tuesday, 29 November 2011
KEBENARAN HADIS NABI TERBUKTI SECARA SAINTIFIK
LALAT PENAWAR PENYAKIT
Pada tahun 1871, Prof J Leidy seorang pakar ilmu serangga atau Entomologi mendapati lalat membawa pelbagai kuman penyakit kepada manusia.
Namun pada tahun 1927, seorang lagi saintis bernama Shoppe, membuat penemuan mengejutkan apabila mendapati ada kuman – kuman dan virus dalam badan lalat berfungsi membunuh lain lain kuman.
Kajian Shope ke atas lalat rumah menunjukkan ia mengandungi virus bacterphage yang mampu membunuh kuman kuman lain seperti staphylococcus, e coli, salmonella dan thyphosa yang menyebab penyakit cirit birit dan kepialu. Inilah penemuan virus bacteriophage yang pertama didalam serangga. Bakteriophage ialah bakteria yang makan bakteria lain.
Pada tahun 1934, Stewart mendapati lalat berbentuk larva, ketika dicelup kedalam luka akan mengeluarkan bahan ammonia dan kalsium karbonat yang menjadikan luka itu beralkali. Dalam keadaan ini, larva tersebut berfungsi membunuh kuman-kkuman penyakit disamping meredakan bengkak dan mencegah kematian sel sel.
Seorang lagi pengkaji, W Robinson dalam kajiannya mendapati lendir yang dikeluarkan oleh larva lalat mampu membunuh kuman berbahaya seperti Staphylococus, H streptococci dan clostridium w.
Begitulah penyelidikan yang seterusnya mendapati kelebihan bakteria baik yang dapat memusnahkan pelbagai bakteria. Mereka mendapati bakteria yang berpenyakit hanya terdapat di kaki lalat dan bukan pada seluruh badannya.
Mereka juga mendapa microorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalau kecuali setelah disentuh oleh cecair. Caranya ialah dengan merendam lalat itu didalam air. Apabila direndam , ia akan memberi tekanan kepada sel sel yang mengandungi bakteria baik menjadi pecah dan dapat membunuh bakteria berpenyakit.
Tetapi, penemuan ini bukan sesuatu yang baru. Sebenarnya penemuan ini telah diceritakan kepada umat islam oleh hadis nabi. Iaitu…
Dari Abi Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. Apabila lalat jatuh ke dalam minuman seorang diantara kamu, maka rendamlah lalat itu kemudian buanglah lalat itu. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat.
Ternyata apa yang telah disabdakan oleh lidah Nabi Muhammad s.a .w. adalah benar .
Wednesday, 23 November 2011
PENAPIS AIR YANG HALAL
Jika anda ada masalah untuk Penapis air yang murah dan halal. Gunakanlah Penapis air keluaran islam iaitu IMTIYAAZ. Harga satu set ialah kurang RM 500. Awas ada penapis air yang menggunakan tulang babi. Tengok sahaja warnanya putih melepak. Cuba search di Yahoo jika anda nak tahu lebih lanjut.
TAK ADA SEMANGAT NAK BACA BUKU
Petua : Jika ada yang mudah jemu baca buku pelajaran. Cuba buat latihan pula. Jika anda masih tidak banyak betul. Itu tandanya anda masih perlu study lagi. Jika anda banyak betul maka itu tandanya anda sudah pandai...
UBAT SELSEMA YANG TIDAK LENTOK
Jika anda selsema. Ada masalah iaitu ubatnya adalah mengantuk dan seolah melayang. Jadi anda boleh cari ubat yang tiada kesan sampingan. Dan saya dapati ada satu ubat yang bernama Clarinase adalah sesuai. Tetapi harganya juga boleh tahan mahal.
UBAT BATUK YANG TIDAK MENGANTUK
Jika anda batuk. Ada masalah juga iaitu ubatnya ada kesan mengantuk. Tetapi ada juga ubat batuk herba yang berwarna hijau seperti ZECUF. Ubat ini tiada kesan mengantuk dan anda boleh bekerja dengan tenang. InsyaAllah.
TAK PEDIHKAN MATA
Jika anda ada masalah untuk membuang kulit bawang merah atau bawang besar sebab ia memedihkan mata anda. Maka cuba anda rendam dahulu bawang itu dalam air selama 5 minit. Selepas itu tiada lagi masalah mata yang pedih. InsyaAllah.
PETUA KANSER
PETUA KANSER: Saya pernah mendengar ada orang kata bahawa buah durian belanda dan tapai dapat mengatasi masalah penyakit kanser. Saya pernah jumpa di internet bahawa buah aprikot dapat mengatasi penyakit kanser. Saya juga pernah terlihat rencana tentang doktor Bob Beck menggunakan rawatan terapi elektrik untuk mencegah penyakit kronik. Wallahua'lam.
PETUA UNTUK ELAK DARI KERETA ROSAK DI PERJALANAN
TIPS UNTUK JAGA KERETA : Tahukah anda bahawa kebanyakan masalah kereta tersadai di tepi jalan ialah kerana masalah yang remeh temeh iaitu masalah kurang AIR di radiator. Walaupun air adalah percuma di stesen minyak kita sering terlupa untuk top up air. Untuk mengatasinya silalah guna coolant supaya ia dapat bertahan lama kerana takat didihnya lebih tinggi. Lagipun ianya anti rust atau anti karat dan radiator anda juga tahan lama. Coolant ini biasanya harga lebih kurang RM 1o ringgit sahaja. Tetapi sangat berbaloi untuk menjaga enjin kereta anda.
SYUKURLAH DENGAN NIKMAT MATA
TIPS UNTUK MENSYUKURI NIKMAT MATA YANG ALLAH BERI :Antara jihad yang paling besar ialah menentang hawa nafsu. Saya nak cadangkan agar semua lelaki yang budiman agar mensyukuri nikmat mata yang Allah beri. Selemah lemah iman kita ialah kita jangan menyimpan satu pun gambar atau video klip yang lucah sama ada di laptop, pendrive atau di handphone. Jika kita tidak mampu untuk menyekat laman web yang tak senonoh, inilah ikhtiar kita. Jika kita bersyukur maka Allah akan tambah nikmat. Jika kita kufur maka azab Allah adalah sangat pedih.
TEKNIK BELAJAR MATHS
IDEA : Jika anda lemah dalam subjek matematik. Anda boleh cuba belajar dengan mengunakan buku latihan matematik anda yang di ajar di sekolah. Cuba tutupkan bahagian jalan kira tetapi hanya buka bahagian soalan. Kemudian cuba buat sendiri. Jika blank , cuba anda buka langkah pengiraan sikit demi sedikit. Bila sudah pandai barulah belajar buat latihan di buku latihan.
JIKA KERETA ANDA SEOLAH TERBABAS BILA DI SELEKOH
Jika sesiapa ada masalah kereta anda yang kurang stabil. Seperti ia seolah hendak terbabas bila hendak pusing di selekoh, walaupun tidak di bawa laju. Kemungkinan bebola besi pada tayar kereta anda sudah rosak. Walaupun anda sudah buat alignment tetapi masih ada juga. Ia hanya boleh dikesan apabila kereta anda diangkat diatas dan anda cuba goyangkan tayar kereta anda.
HANDPHONE LAMA PUN ADA KELEBIHAN JUGA
PETUA: Adakah Handphone yang terbaru itu lebih baik dari Hp yang lama. Belum tentu lagi. Ini kerana Hp lama adalah : 1. Lebih ringan dari hp yang baru. 2. lebih kecil dari beberapa model hp yang lebih canggih. 3. Kita lebih senang mengendalikannya kerana kita sudah biasa. Jadi membeli Hp yang baru adalah membazir jikalau Hp kita masih elok dan tiada function yang terlalu penting. Walaupun ada liputan internet seperti Blackberry. Tak puas hati juga sebab bateri cepat habis dan tidak puas seperti layari fb di laptop.
PERAKAM SUARA YANG JIMAT
PETUA : Jika anda ingin merekod ceramah agama dan anda bercadang untuk membeli voice recorder tetapi harganya lebih kurang rm 200 untuk 4 Gig untuk made in china. Tunggu dahulu. Tahukah anda bahawa hand phone anda juga boleh merekod suara. Masalahnya hp original ada memori yang terhad. Anda hanya perlu tukar memori yang lebih besar. Harga memori sd 4 GIG di lowyat baru lebih kurang rm 25.
HAKIKATNYA....
Motivasi: Jika ada satu titik hitam diatas satu kertas A4. Jangan risau sangat tentang titik hitam itu. Bukankah ada besar lagi kawasan yang putih bersih...
KECIL TAPI BAHAYA ...
IDEA : Jangan pandang remeh tentang jarum suntikan. Kerana ada satu suntikan boleh membawa maut. Ada jarum suntikan juga boleh menyebarkan virus HIV untuk dapat penyakit AIDS. Walaupun ia tidak sakit...namun ia boleh memberi kesan yang terlalu besar dalam hidup anda...cuba fikirkan...
AIR YANG TERBAIK IALAH AIR ZAM ZAM
PETUA : Air yang terbaik didunia air zamzam. Ianya boleh menjadi penawar kepada banyak penyakit. Apa rahsianya? Ada saintis mendapati Air zam zam ialah beralkali. Tetapi virus dan bakteria tidak aktif atau lemah didalam air yang beralkali. Sebaliknya virus dan bakteria aktif didalam air yang berasid. Nak tahu tak...ada sejenis penapis air keluaran islam iaitu IMTIYAAZ juga beralkali. InsyaAllah ia dapat mencegah beberapa penyakit seperti kanser dengan izin Allah.
KENA TIPU LA...
MOTIVASI : Jangan risau jika anda ditipu oleh seseorang. Sepatutnya orang yang menipu itu perlu risau kerana dia berdosa pada anda. Kita memang kena percaya kepada seseorang itu untuk kali pertama. Akan tetapi orang beriman tidak akan ditipu atas perkara yang sama untuk kali ke dua. Kerana mereka belajar dari pengalaman. Orang yang lemah akan terus ditipu untuk banyak kali kerana ia tidak mengambil pengajaran dari sesuatu peristiwa. Dan jika anda ditipu ertinya anda dianiaya. Dan doa orang yang teraniaya adalah makbul kerana tiada hijab dengan Allah. Jadi gunakan kesempatan itu untuk berdoa rahmat untuk diri kita dan petunjuk hidayat untuk penipu itu.
PETUA ELAK JERAWAT
Untuk mengelakkan jerawat, adalah dicadangkan agar anda jangan menggunakan minyak rambut atau pun gel rambut. Ini kerana apabila muka kita berminyak maka akan lebih mudah tumbuh jerawat. Wallahua'lam.
USAHA DAN BERDOA
MOTIVASI : Sesuatu mujahadah atau usaha gigih adalah susah dan perit. Namun buahnya terlalu manis. Mungkin kita adalah lemah dan tidak mampu. Namun Allah mampu dan boleh. Tiada yang mustahil bagi Allah. Oleh itu berusahalah sebaik mungkin, kemudian berdoa dan berserah pada Allah. Jika sudah menjadi rezeki kita, maka tiada sesiapa yang dapat menghalangnya. Jika bukan rezeki kita, maka tiada siapa dapat memberinya selain dariNYA.
BERDAKWAH DENGAN TELADAN
MOTIVASI : Jangan risau jika anda masalah untuk mengajak kepada kebaikan jika anda tidak pandai mengatakan sesuatu atau mungkin takut dimarahi. Terutama sekali jika hendak mengajak ibu bapa kearah kabaikan. Ini kerana amalan dan contoh yang anda lakukan juga dapat memberi mesej kepada mereka. Jangan memperkecilkan dakwah dari amalan. Ini kerana amalan adalah lebih kuat dari percakapan. Sebab itu, kekadang orang itu tidak berubah jika melihat kita juga tidak mengamalkan apa yang kita ungkapkan. Wallahua'lam.
PERANGAI YANG BURUK
PETUA : JAUHI DARI MEREKA INI
Nasihat guru-guru di Jordan, "jika kelak nanti menjumpai ulama' atau ilmuan Islam yg kerjanya ASYIK menghina orang lain, dorong benci kepada ulama' lain, mengutuk, asyik menyalahkan dengan kata-kata kesat & berat tanpa adab, JAUHILAH DIA walau setinggi manapun ilmunya kerana hakikatnya ilmu Islamnya tidak meresap ke dalam jiwa & hatinya, hanya terhenti di kerongkong. Nanti pula anda akan menjadi seorang ulama pengutuk jua hasil 'cetakan' dari cara guru itu."
Nasihat guru-guru di Jordan, "jika kelak nanti menjumpai ulama' atau ilmuan Islam yg kerjanya ASYIK menghina orang lain, dorong benci kepada ulama' lain, mengutuk, asyik menyalahkan dengan kata-kata kesat & berat tanpa adab, JAUHILAH DIA walau setinggi manapun ilmunya kerana hakikatnya ilmu Islamnya tidak meresap ke dalam jiwa & hatinya, hanya terhenti di kerongkong. Nanti pula anda akan menjadi seorang ulama pengutuk jua hasil 'cetakan' dari cara guru itu."
GELARAN YANG BURUK
MOTIVASI : Janganlah kita melabelkan yang buruk buruk kepada kawan, anak atau adik dengan gelaran yang buruk. Ini mungkin akan memberi kesan yang buruk kepadanya. Contohnya gelaran bodoh oleh cikgu, ibu bapa, kawan kawan, adik beradik...Akhirnya dia mungkin akan merasakan betul juga orang kata kepadanya. Dan akhirnya dia betul betul menjadi bodoh kerana percakapan buruk itu. Oleh itu, berhati hatilah. Jangan kita suka melabel yang negatif seperti sesat, kafir, munafik kepada seseorang itu. Ini mungkin menyebabkan dia benar benar merasa sebegitu.
RADIO SONY YANG ADA USB
PETUA : Jika anda ada pemain usb untuk radio kereta, jenama sony. Dan anda ada masalah iaitu dia akan baca terhad kepada 500 lagu sahaja. Jangan risau, ini kerana dia hanya baca pada lagu 500 lagu pada satu folder. Penyelesaiannya ialah anda perlu membuat folder lain dan setiap folder mestilah tidak lebih 500 lagu mp3.
KELEBIHAN TV LAMA
PETUA : Sekarang ramai orang pakai tv LCD ataupun tv LED. Ha...tv lama tu jangalah dibuang ...Ini kerana tv LCD juga ada kelemahannya. Jika anda masih menggunakan aerial tv maka tv lama lebih sesuai. Ini kerana tv LCD kurang sesuai menggunakan aerial biasa. nanti ada keluar bintik bintik macam hujan...Jadi tv LCD pun ada kelemahannya juga...sebenarnya tv LCD hanya sesuai untuk astro atau hypp tv.
MASALAH EMEL TAK DAPAT HANTAR
PETUA: Anda ada masalah apabila emel yang diberikan tidak dapat dihantar kepada nya. Mungkin ada yang tidak lengkap. Jangan risau. Cuba anda suruh dia hantar emel testing kepada anda. Dari situ anda boleh tahu emel sebenar dia.
AWAS KEPADA PENGGEMAR MAKAN BUAH BUAHAN
PETUA : Nak tahu tak...rupanya pada zaman sekarang ini...tidak baik jika kita makan sayur atau buah banyak banyak. Ini kerana...kebanyakan pekebun sayur dan buah telah menggunakan racun Furadan. Racun Furadan ini mempunyai tempoh hayat sehingga 3 bulan. Antara buah yang banyak menggunakan Furadan ialah jagung dan tembikai. Sayur sawi pun ada pekebun menggunakan Furadan. Racun Furadan senang digunak...an kerana ia hanya perlu ditaburkan sahaja. Kesannya ialah ia dapat membunuh serangga atau ulat yang makan buah tersebut. Sebab itulah kebanyakan jagung dan tembikai adalah sangat cantik. Sehingga tiada ulat langsung. Jadi berhati hatilah...Sebaiknya jangan diambil selalu. Ambil sekali sekali tidak mengapalah...Dan lebih baik jika anda tanam sendiri buah buahan atau sayur sayuran.
BARANG BAIK
PETUA : Barang yang baik selalunya tidak akan datang dengan mudah sekali. Biasanya benda yang baik memerlukan usaha dan doa yang berterusan. Wallahua'lam.
JANGANLAH BERSEDIH SANGAT
MOTIVASI : Usah terlalu risau atau bimbang apabila mendengar kata orang orang yang memfitnah atau mengeji anda jika anda sudah lakukan yang terbaek. Ini kerana anda tidak akan mati dengan kejian mereka. Dan anda tidak boleh hidup senang dengan mengharap pujian dari mereka semata mata. Hanya Allah yang menghidupkan kita dan memberi rezeki dan rahmat kepada kita. Dan hanya kepada Allah tempat kita berserah diri setelah berusaha sebaik mungkin.
Masalah internet slow
PETUA : Adakah anda ada masalah internet yang slow seperti facebook yang slow ataupun sangkut. Ada kemungkinan yang windows internet explorer anda dah korup. Jangan risau, anda kena ada alternetif iaitu guna google atau mozilla ke...InsyaAllah... laju semula.
MAKSUD KEJAYAAN YANG SEBENAR
Jika Allah letakkan kejayaan manusia pada harta maka Qarun yang paling berjaya. Jika Allah letakkan kebahagiaan manusia pada perempuan cantik maka sudah tentu Nabi Muhammad akan terima tawaran penduduk Quraish untuk berkahwin dengan ratu cantik. Jika Allah letak kejayaan pada kuasa pemerintahan maka sudah tentulah Firaun paling berjaya. Tetapi kejayaan manusia hanyalah dalam agama apabila beriman dan bertakwa kepada Allah. Namun begitu Allah tidak mengharamkan harta, pangkat dan wanita jika mengikut syarat syaratnya.
KELEBIHAN MINUM AIR KOSONG
Petua :
MASA YANG SESUAI UNTUK MINUM AIR.
Minum dua gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.
...
Minum segelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.
Minum segelas air masak - SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.
Minum segelas air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur..
MASA YANG SESUAI UNTUK MINUM AIR.
Minum dua gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.
...
Minum segelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.
Minum segelas air masak - SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.
Minum segelas air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur..
PETUA UNTUK SEMBUH DARI PENYAKIT
PETUA : Untuk sembuh dari penyakit hendaklah...1. Berusaha jumpa doktor. 2. Berdoa agar sembuh. 3. Mohon ampun dan bertaubat segera. 4. Bersedekah atau pun menolong orang lain.
Bersedekah atau istighfar dari dosa dan bertaubat dari kesalahan. Dan sebaiknya berdoa selepas solat fardhu. InsyaAllah..setiap penyakit ada ubatnya kecuali penyakit mati dan penyakit tua. Cuma kita kena bersabar kerana setiap penyakit itu penghapus dosa kita. Jadi adakah kita tidak suka jika dosa kita dibersihkan dan dipadamkan oleh Allah. Allah beri petunjuk supaya kita sedar dan insaf tentang dosa dan kekuasaanNYA.
Untuk sembuh dari penyakit ialah dengan bertaubat atau istighfar. Ini kerana setiap penyakit itu adalah kifarah atau penghapus dosa. Dari Allah kita sakit dan hanya Allah yang akan menghapuskan penyakit. Kemudian baru berusaha dan berdoa serta berserah diri kepada Allah. Allah sangat suka suara hambanya yang berdoa kepadaNYA agar diperkenankannya. Jadi berdoalah ...terutama sekali selepas solat fardhu.
Bersedekah atau istighfar dari dosa dan bertaubat dari kesalahan. Dan sebaiknya berdoa selepas solat fardhu. InsyaAllah..setiap penyakit ada ubatnya kecuali penyakit mati dan penyakit tua. Cuma kita kena bersabar kerana setiap penyakit itu penghapus dosa kita. Jadi adakah kita tidak suka jika dosa kita dibersihkan dan dipadamkan oleh Allah. Allah beri petunjuk supaya kita sedar dan insaf tentang dosa dan kekuasaanNYA.
Untuk sembuh dari penyakit ialah dengan bertaubat atau istighfar. Ini kerana setiap penyakit itu adalah kifarah atau penghapus dosa. Dari Allah kita sakit dan hanya Allah yang akan menghapuskan penyakit. Kemudian baru berusaha dan berdoa serta berserah diri kepada Allah. Allah sangat suka suara hambanya yang berdoa kepadaNYA agar diperkenankannya. Jadi berdoalah ...terutama sekali selepas solat fardhu.
DUNIA DAN AKHIRAT
Usahakan dunia dan akhirat tetapi lebih utamakan akhirat berbanding dunia. Dunia dipegang dan akhirat dijunjung. Dunia adalah perjalanan sementara dan akhirat adalah destinasi dan berkekalan. Dunia didahulukan dan Akhirat diutamakan.
KERJA OH KERJA
MOTIVASI : Jika tiada tugas ...janganlah diminta, boleh buat sesuatu untuk diri dan keluarga dan agama. Jika ada tugas ..cepat cepatlah selesaikannya dan janganlah mengelak lagi. Jangan bertangguh lagi kerana anda kena buat juga akhirnya.
TIPS UNTUK INSTALL SOFTWARE AL QURAN
PETUA : Ada software untuk bacaan Al quran dari Zekr.com. Boleh download bacaan qari dan ada terjemahan dalam bahasa melayu. Anda boleh ikut bacaan qari sambil membaca ayatnya atau tafsirnya. Yang bestnya...free of charge.
Jika anda berminat boleh lah cuba install dengan mengklik dari alamat web disini...http://zekr.org/quran/.
Tetapi ianya tidak semudah abc. Anda mesti rajin berusaha..kerana ada beberapa langkah yang perlu di selesaikan. Macam puzzle jugak..
Jadi saya ringkaskan langkah langkahnya iaitu:
1. Download fail zekr dari alamat web diatas tu..Kemudian cubalah run atau open fail itu. Sebaiknya ambil yang ada software java sekali kerana software zekr perlukan program java. Jika sudah boleh menjalankan software Zekr...maka anda akan lihat tulisan ayat alquran.
2. Tetapi masih tiada bacaan qari yang keluar. Jadi anda kena download qari offline pula. Boleh klik dari sini...http://zekr.org/resources.html
Kena cari agak jauh kebawah iaitu di recitor.
Ia ambil masa yang agak lama juga ..sebab ia fail mp3 dan agak besar memorinya. Boleh pilih mana mana qari dan downloadkan. Selepas download..anda kena buka fail ini dari software Zekr...iaitu dimenu diatas...dan klik Tools...dan klik Add ...dan klik Recitation...
3. Langkah yang terakhir ialah untuk mendapat tafsiran dalam Bahasa Melayu. Anda kena download dari alamat web yang sama di langkah 2 tadi..ia ada disitu dan pilih translator dan cari Malay atau Basmeih dan klik download. Selepas download...anda kena buka fail ini dari software Zekr ...iaitu di menu diatas ...dan klik Tools ..dan klik Add ...dan klik translation.. Cuba lihat adakah sudah ada tafsiran dalam bahasa melayu..Jika tiada anda kena pergi ke Menu dan klik View ...dan klik Translation..dan klik Basmeih.
Jadi..sepatutnya anda dah boleh baca Al Quran dengan cara paling mudah. Hanya perlu ikut sahaja bacaan Qari atau lihat maksud tafsiran. Bacalah Al Quran di setiap hari ..sekurang kurangnya satu tanda ain atau bintang. InsyaAllah...saya juga akan kongsi pahala ...apabila anda membaca Al Quran digital ini.
Jika anda berminat boleh lah cuba install dengan mengklik dari alamat web disini...http://zekr.org/quran/.
Tetapi ianya tidak semudah abc. Anda mesti rajin berusaha..kerana ada beberapa langkah yang perlu di selesaikan. Macam puzzle jugak..
Jadi saya ringkaskan langkah langkahnya iaitu:
1. Download fail zekr dari alamat web diatas tu..Kemudian cubalah run atau open fail itu. Sebaiknya ambil yang ada software java sekali kerana software zekr perlukan program java. Jika sudah boleh menjalankan software Zekr...maka anda akan lihat tulisan ayat alquran.
2. Tetapi masih tiada bacaan qari yang keluar. Jadi anda kena download qari offline pula. Boleh klik dari sini...http://zekr.org/resources.html
Kena cari agak jauh kebawah iaitu di recitor.
Ia ambil masa yang agak lama juga ..sebab ia fail mp3 dan agak besar memorinya. Boleh pilih mana mana qari dan downloadkan. Selepas download..anda kena buka fail ini dari software Zekr...iaitu dimenu diatas...dan klik Tools...dan klik Add ...dan klik Recitation...
3. Langkah yang terakhir ialah untuk mendapat tafsiran dalam Bahasa Melayu. Anda kena download dari alamat web yang sama di langkah 2 tadi..ia ada disitu dan pilih translator dan cari Malay atau Basmeih dan klik download. Selepas download...anda kena buka fail ini dari software Zekr ...iaitu di menu diatas ...dan klik Tools ..dan klik Add ...dan klik translation.. Cuba lihat adakah sudah ada tafsiran dalam bahasa melayu..Jika tiada anda kena pergi ke Menu dan klik View ...dan klik Translation..dan klik Basmeih.
Jadi..sepatutnya anda dah boleh baca Al Quran dengan cara paling mudah. Hanya perlu ikut sahaja bacaan Qari atau lihat maksud tafsiran. Bacalah Al Quran di setiap hari ..sekurang kurangnya satu tanda ain atau bintang. InsyaAllah...saya juga akan kongsi pahala ...apabila anda membaca Al Quran digital ini.
PETUA UNTUK PERTOLONGAN ALLAH
PETUA : Jika kita ingin bantuan dari Allah maka banyaklah membantu orang lain atau haiwan. Contohnya...sedekahlah makanan kucing kepada kucing yang berkeliaran di sekitar rumah anda. Hanya sedikit wang dikeluarkan dan anda akan dirahmati. Malah..kucing itu akan mendoakan pula akan anda beroleh rahmat dariNYA.
MENANG BOLASEPAK KERANA TAKDIR ALLAH
Alhamdulillah ...Malaysia menang pingat emas dalam sukan sea 2011 dengan izin Allah. Kejayaan yang sementara dan perlu disyukuri dengan mentaati segala perintahNYA dan menjauhi segala laranganNYA. Kejayaan manusia yang sebenar benarnya ialah didalam Agama. Dan kegembiraan yang paling best ialah disaat masuk ke syurga....MasyaAllah....
KELEBIHAN HUKUM HUDUD
PETUA: Penyakit AIDS dapat diubati dengan hukum hudud. Ini kerana hukuman rotan keatas pesalah AIDS akan menyebabkan badan mereka merasa sakit dan ini akan meransang antibodi untuk melawan jangkitan kuman. Inilah salah satu kebaikan yang ada disebalik hukuman rotan keatas orang yang berzina. Hanya Allah yang mengetahui kekuatan dan kelemahan manusia kerana DIAlah pencipta kita.
PETUA UNTUK JADI KAYA
Petua : sesiapa yang mahu kaya, nafkahkan lah harta mu..
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 261)”.
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 261)”.
PENGENALAN BLOG PETUA, MOTIVASI DAN CONSULTANT
Assalamualaikum, Saya membuat blog ini sebagai usaha untuk berkongsi mengenai Petua atau Motivasi dan Consultant. Saya ingin berkongsi pendapat tentang idea yang bernas dan ilmu yang bermanafaat. Sebenarnya saya sudah pun ada buat group di facebook iaitu kumpulan Petua, Motivasi dan Consultant. Jadi di blog ini dapat mengumpulkan Petua atau Motivasi atau Consultant yang ada di group di facebook itu. Jika di facebook dapat kita berbalas komen ...maka di blog ini ...kita dapat melihat antara kiriman yang menarik dan berguna. InsyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)